Sisian burung sisian;
Burung Nuri patah kakinya,
Kalau tuan belas kasihan;
Bawakan rokok dengan apinya.
Limau manis tunjang ke keling;
Sudah ke Keling ke Jawa pula,
Hitam manis duduk menjeling,
Sambil menjeling ketapa pula.
Bukan beduk sebarang beduk;
Beduk dibawa dari Melaka,
Bukan duduk sebarang duduk;
Duduk memikir badan binasa.
Kalau layu bunga melati,
Gantikan ia bibit yang lain.
Kalau buang buang sekali;
Sama sama mencari lain.
Dari Marabahai sampai Moumbai;
Si Soumil Menumbuk pintu;
Menyerah nasib untung dan rugi;
Jadi menantu dagang piatu.
Tanah subur tanam kacang;
Mari di tanam di tanah lembab,
Membersih hutan tanah orang;
Malang dituduh mingku-kuab.
Burung bangau sayap putih;
Terbang dari sawahnan rata,
Tak mahu pinjam nak kumpul gaji;
Hujung bulan menggigit berputih mata
Bukan gontit sebarang gontit;
Jadi rebutan muda dan duda.....
Masa di Rancangan Kimanis, kambinglah binatang yang paling aku benci kerana sering merosakkan tanamanku.
No comments:
Post a Comment