Wajah bangunan awal di buka 2005-2006.
Konvokesyen Pelajar SPM 2012.
SMK Bongawan Dua,
Gugusan harapan orang tua,
Rangkulan semangat anak muda,
Perisai abadi tanah tercinta.
Pendahuluan.
Anak-anak yang berasal dari Kimanis sejak tahun 1970-an akan menyambung pelajaran menengah mereka sama ada di SM St Joseph atau SMK Majakir Papar. Jarak Kimanis jalan lama ke Papar sejauh 22km manakala jalan baru yang siap pada tahun 1980 sejauh 16km. Sehingga tahun 1980, Kimanis hanya ada dua buah sekolah rendah iaitu SRK Kimanis yang terletak antara Kimanis Estet dan Kg Brunei, dan di Kim Hwa -Kini SK Pekan Kimanis yang terletak di Pekan atau Kuala Kimanis.
Menjelang tahun 1980, sekolah menengah terhampir buat anak-anak Kimanis ialah SMK Bongawan yang jauhnya dari Kimanis 10km. Tahun demi tahun berganti, jumlah pelajar kian bertambah, namun masih belum dibina walau sebuahpun sekolah menengah di Kimanis.
Sedangkan Kimanis merupakan sebuah daerah yang mempunyai nilai sejarah tersendiri selain mempunyai premis-premis penting sehingga tahun 2000. Antara premis terpenting Kimanis ialan Balai Polis Kimanis, Stesen JPJ Kimanis, FOREST Kimanis, Jabatan Pertanian Kimanis..........ohhhhh nanti kita sambung lagi; aku mengkaji lagi.1.1 Sejarah Ringkas Sekolah- dan Yang Pertama.
Tarikh beroperasi : 1.Mac 2005-menumpang di SMK Bongawan ( sessi petang selama3 bulan )
Tarikh diguna : 25 Jun 2005
Pengetua Pertama : Dr. Hj. Mohd Kassim Hj. Mohd Ibrahim.
Penolong Kanan : En. Matruddin Radin
Penolong Kanan HEM : Mohd Suffian Abdullah
Penolong Kanan Kokum : Hjh Anipah Wahab.
Ketua Bidang Bahasa : Hadijah Mohamad.
Ketua Bidang Kemanusiaan : Anuar Sidek.
Ketua Bidang Sain dan Matematik - Elsie Cornelius
Ketua Bidang Teknik Vikasional- Norasiah Hj. Maidin.
Ketua Guru Disiplin: Ikbalkhan Ismail
Ketua Pelajar: Nooraidah Kamis.
Pengerusi PIBG : En. Sukaimi Suradi.
Setiausaha PIBG : Mohd Suffian Abdullah.
2.2 Senarai Pengetua 2005-Sekarang
1. Dr. Hj. Mohd Kassim Hj Mohd Ibrahim 2005-2006
2. Mozidah Hamzah 2006-2008.
3. Abidin Marjan 2008-2009.
4. Masniah Tarah 2009-Sekarang.
No comments:
Post a Comment