Friday, July 22, 2011

Iblis dalam bahtera Nabi Nuh as....

Nabi Nuh as menaiki bahteranya berserta semua jenis binatang dan manusia yang berpasang-pasang sebagai mana perintah Allah. Tiba-tiba dia melihat seorang tua yang tidak dikenalinya berada di dalam bahteranya. Nuh bertanya. Mengapa engkau ada bersama ? Dia menjawab “ Aku di sini hendak menggoda hati teman-temanmu hingga hati mereka bersamaku meskipun badan mereka bersamamu.

Nuh berkata, keluarlah wahai musuh Allah, sesungguhnya engkau dilaknati! Iblis menjawab: Dengan 5 cara ku hancurkan manusia. 3 cara akan ku ceritakan dan yang 2 tidak.

Kemudian Allah beri wahyu kepada yang 2 itu kau tidak memerlukan. Mintalah 2 sahaja.

Nuh bertanya apa yang 2 itu?

Iblis menjawab- keduanya tidak mendustakan dan tidak mengingkariku, itulah rakus dan hasad.

Dengan HASAD aku dilaknati dan direjam, dengan RAKUS menyebabkan Adam terkeluar dari syurga. Maka aku menggodanya dengan kerakusan.

Monday, July 18, 2011

Kekayaan sebenar



Bismillah Walhamdulillah Was Salaatu Was Salaam 'ala Rasulillah.

Assalamualaikum w.k.t

Kekayaan Yang Sebenar

Terjemahan Hadis

"Daripada Abi Hurairah ,daripada Nabi SAW. Baginda bersabda: Bukan kekayaan sebanar dengan kerana memiliki banyak harta benda, akan tetapi kekayaan itu ialah kaya hati dan jiwa " ( muttafakul alaih )


Huraian Hadis

Ramai orang mengejar kekayaan, dan yang dikejar itu ialah kekayaan harta benda dan harta yang banyak. Islam tidak menghalang penganutnya mengejar kekayaan harta, tetapi Islam tidak menganggap kekayaan harta itu sebagai satu yang paling bernilai, kerana kekayaan harta benda itu mungkin akan lenyap dalam masa yang singkat sahaja, sedangkan di sana ada lagi satu kekayaan yang boleh jadi kekal dan paling bernilai iaitu kekayaan hati dan kaya budi.

Dalam hadis di atas Rasulullah SAW. Dengan tegasnya menyatakan bahawa kekayaan sebenar pada pandangan Islam ialah kekayaan jiwa dan kaya budi. Kekayaan itu tidak akan hilang dan tidak ada siapa yang boleh merampasnya. Maka kekayaan inilah yang patut dimiliki oleh setiap orang Islam. Dengan adanya kekayaan ini dalam diri seseorang, kehidupannya akan menjadi senang dan disukai oleh orang ramai, tidak akan timbul perasaan tamak haloba .

Contoh kaya hati ialah seperti ia merasa puas hati dengan rezeki yang didapatinya dan tidak pula berputus asa untuk menambahnya, manakala kaya budi pula seperti ia tidak bakhil menderma hartanya pada jalan kebajikan.


Pengajaran Hadis

1. Kekayaan adalah satu yang dikehendaki setiap manusia.
2. Islam tidak menghalang penganutnya mencari harta kekayaan.
3. Kekayaan yang sejati yang perlu dimiliki oleh setiap orang ialah kaya jiwa dan budi.